Asy-Syifa’

PEMBELAJARAN AL-QURAN ASY-SYIFA’ 

 

Asy-syifa’ adalah satu program pembelajaran Al-Qur’an secara modul. Menggunakan kaedah yang sangat mudah untuk difahami dan mengenali Al-Qur’an dalam masa yang singkat. Asatizah yang mengajar juga adalah dari kalangan yang berkelulusan dalam bidang Al-Qur’an.

Program Asy-Syifa’ diterbitkan untuk peserta-peserta yang belum mengenal Al-Qur’an dan juga kepada peserta yang ingin mendalami ilmu Al-Qur’an. Kami dari Al-Muttaqin akan sentiasa cuba sedaya upayauntuk melahirkan pencinta Al-Qur’an dan juga melahirkan guru-guru Al-Qur’an yang mampu untuk mengamalkan hadith “sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari (ilmu) Al-Quran dan mengajarkannya”

Wallahu a’lam.

 

PROGRAM PEMBELAJARAN AL-QURAN ASY-SYIFA’ 2022

KURIKULUM PEMBELAJARAN

1. Al-Quran 1 – Iqra’ Buku 1-3
2. Al-Quran 2 – Iqra’ Buku 4-6 

  • Pengenalan Huruf Hijaiyyah
  • Penghafalan Huruf Hijaiyyah
  • Pengenalan 6 Baris
  • Pembacaan kitab iqro’
  • Pengenalan kadar panjang dan pendek Mad (asas)
  • Menggunakan Kitab Iqra’ Ustaz As’ad Humam

3. Al-Quran 3 (Juz ‘Amma/Muqaddam)

  1. Pengenalan pembacaan praktikal
  2. Pengenalan Surah-surah Pendek & Mudah
  3. Teknik kelancaran membaca
  4. Teknik pengawalan nafas
  5. Mengenali hukum-hukum dengung dan mad (asas)

    4. Al-Quran 4 (Surah Lazim)

  6. Pengenalan Surah-surah Pilihan (Yasin, Waqiah, Mulk, Sajdah & Dukhan)
  7. Tajwid
  8. Sifat & Makhraj Huruf
  9. Pemahaman Nun & Mim Sakinah
  10. Pemahaman nama dan hukum-hukum mad
  11. Teknik membaca dengan lancar (Lanjutan)

    5. Ulum Quran (Nota Ulum Quran)

  • Pengenalan kepada Al-Quran
  • Jenis-jenis ayat
  • Sejarah Al-Quran (asas)
  • Bacaan Al-Quran Lanjutan

6. Talaqqi Al-Quran 1-to-1 

  • 30 min sesi bersama asatizah
  • Membaca Al-Quran 30 juz / Surah-Surah pilihan
  • Meneliti dalam pembacaan dan kelancaran
  • Mengaplikasikan hukum-hukum tajwid dengan tepat
  • Mengawal pembacaan dengan baik

PENDAFTARAN SUDAH DIBUKA! SILA ISIKAN BORANG YANG DISEDIAKAN
KESEMUA KELAS TERSEDIA UNTUK MUSLIMIN & MUSLIMAH

BAYARAN $20 UNTUK PENDAFTARAN

Daftar Di Sini