Asy-Syifa’

PEMBELAJARAN AL-QURAN ASY-SYIFA’ 

 

Asy-syifa’ adalah satu program pembelajaran Al-Qur’an secara modul. Menggunakan kaedah yang sangat mudah untuk difahami dan mengenali Al-Qur’an dalam masa yang singkat. Asatizah yang mengajar juga adalah dari kalangan yang berkelulusan dalam bidang Al-Qur’an.

Program Asy-Syifa’ diterbitkan untuk peserta-peserta yang belum mengenal Al-Qur’an dan juga kepada peserta yang ingin mendalami ilmu Al-Qur’an. Kami dari Al-Muttaqin akan sentiasa cuba sedaya upayauntuk melahirkan pencinta Al-Qur’an dan juga melahirkan guru-guru Al-Qur’an yang mampu untuk mengamalkan hadith “sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari ilmu al-quran dan mengajarkannya”

Wallahu a’lam.

 

STRUKTUR PEMBELAJARAN AL-QURAN ASY-SYIFA’ 2019

KURIKULUM PEMBELAJARAN

  1. Iqro (Buku Iqro Ustaz As’ad Humam)
  • Pengenalan Huruf Hijaiyyah
  • Penghafalan Huruf Hijaiyyah
  • Pengenalan 6 Baris
  • Pembacaan kitab iqro’
  • Pengenalan kadar panjang dan pendek Mad (asas)
  1. Asas Al-Quran (Kitab Al-Quran- Mushaf Al-Quran Waqaf Ibtida’ cetakan Telaga Biru)
  • 5 Surah Pilihan
  • Pengenalan pembacaan
  • Teknik kelancaran membaca
  • Teknik pengawalan nafas
  • Mengenali hukum-hukum dengung dan mad (asas)
  1. Al-Quran Pertengahan (Buku Tajwid Abu Mardhiyyah)
  • Tajwid
  • Sifat & Makhraj Huruf
  • Pemahaman Nun & Mim Sakinah
  • Pemahaman nama dan hukum-hukum mad
  • Teknik membaca dengan lancar (Lanjutan)
  1. Pemahaman Bahasa & Sejarah Al-Quran (Nota Bahasa Dan Sejarah Al-Quran)
  • Pengenalan Bahasa Arab
  • Memahami 50% dari Bahasa Al-Quran
  • Pemahaman tentang sejarah Al-Quran (asas)
  1. Talaqqi 30 Juz’ Al-Quran (Mushaf Al-Quran Waqaf Ibtida’ cetakan Telaga Biru)
  • Membaca 30 juz Al-Quran
  • Meneliti dalam pembacaan dan kelancaran
  • Mengaplikasikan hukum-hukum tajwid dengan tepat
  • Mengawal pembacaan dengan baik

PENDAFTARAN SUDAH DIBUKA! SILA ISIKAN BORANG YANG DISEDIAKAN

BAYARAN $20 UNTUK PENDAFTARAN

Dafter Di Sini

Cara-cara pembayaran:-

  1. Pindahan Wang (Bank Transfer): OCBC Current A/C: 591-118633-001 | Bank Code: 7339 | Branch Code: 591 dan beritahu kami ditalian 6454 7472
  2. Buat bayaran tunai atau NETS di pejabat Masjid Al-Muttaqin pada waktu pejabat.