Asy-Syifa’
PEMBELAJARAN AL-QURAN ASY-SYIFA’
Asy-syifa’ adalah satu program pembelajaran Al-Qur’an secara modul. Menggunakan kaedah yang sangat mudah untuk difahami dan mengenali Al-Qur’an dalam masa yang singkat. Asatizah yang mengajar juga adalah dari kalangan yang berkelulusan dalam bidang Al-Qur’an.
Program Asy-Syifa’ diterbitkan untuk peserta-peserta yang belum mengenal Al-Qur’an dan juga kepada peserta yang ingin mendalami ilmu Al-Qur’an. Kami dari Al-Muttaqin akan sentiasa cuba sedaya upayauntuk melahirkan pencinta Al-Qur’an dan juga melahirkan guru-guru Al-Qur’an yang mampu untuk mengamalkan hadith “sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari (ilmu) Al-Quran dan mengajarkannya”
Wallahu a’lam.
PROGRAM PEMBELAJARAN AL-QURAN ASY-SYIFA’ 2025
KURIKULUM PEMBELAJARAN
1. Asas Iqra’
- Pengenalan Huruf Hijaiyyah
- Penghafalan Huruf Hijaiyyah
- Pengenalan 6 Baris
- Pembacaan kitab iqro’
- Pengenalan kadar panjang dan pendek Mad (asas)
- Menggunakan Kitab Iqra’ Ustaz As’ad Humam
2. Tahsin Al-Quran
- Pengenalan pembacaan praktikal
- Pengenalan Surah-surah Juz 30, dan kemudiannya surah-surah lazim (Yasin, Waqiah, Mulk, Sajdah & Dukhan)
- Teknik kelancaran membaca
- Teknik pengawalan nafas
- Mengenali hukum-hukum dengung dan mad (asas)
3. Al-Quran 1-to-1
- 30 min sesi bersama asatizah
- Mempelajari Iqra’ atau membaca Al-Quran 30 juz / Surah-Surah pilihan
- Meneliti dalam pembacaan dan kelancaran
- Mengaplikasikan hukum-hukum tajwid dengan tepat
- Mengawal pembacaan dengan baik
PENDAFTARAN SUDAH DIBUKA! SILA ISIKAN BORANG YANG DISEDIAKAN
KESEMUA KELAS TERSEDIA UNTUK MUSLIMIN & MUSLIMAH
BAYARAN $20 UNTUK PENDAFTARAN