Kursus Agama Orang Dewasa (ADIL) 2023
Kursus-kursus ADIL Masjid Al-Muttaqin 2023
- Siri Fiqh: Fardhu Ain, Fiqh Pesakit, Fiqh Keluarga, Fiqh Ramadan
- Siri Kukuhkan Iman: Ulul Azmi, Jalan Menuju Taubat, Tafsir Surah Al-Fatihah
Kursus-kursus adalah berbayar* akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris oleh Murabbi-murabbi terlatih dan diiktiraf.
Skrol ke bawah untuk dapatkan sinopsis kursus-kursus tersebut.
Anda boleh buat pendaftaran di: imam.almuttaqin.sg
*Kecuali Fiqh Ramadan
Fardhu Ain (ADIL)
Fardhu Ain adalah perkara-perkara mesti diketahui oleh semua individu, ia termasuk rukun islam, rukun iman dan perkara-perkara seharian. adakah anda tahu Fardhu Ain anda?
Apa yang akan anda belajar?
- Rukun Islam & Rukun Iman
- Bersuci – apa itu hadas, najis, cara menghilangkan dsb.
- Solat – asas solat, fardhu, sunat, rukun.
- Puasa – hukum-hukum sekitar puasa
- Zakat- cara menunaikan, berapa, siapa layak terima?
- Haji secara ringkas
Tempoh Kursus
4 minggu, 2 jam per sesi.
Yuran Kursus
$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil
Tarikh
- Jan: 4, 11, 18 & 25
- Feb: 22, Mac: 1, 8 & 15
- Julai: 3, 10, 17 & 24
- September: 4, 11, 18 & 25
- November: 7, 14, 21 & 28
Fiqh Pesakit (ADIL)
Kursus ini bertujuan untuk mengenalkan konsep rukhsah (keringanan) dalam agama bagi orang-orang yang dalam keadaan darurat ataupun sakit khususnya. Dari cara mensucikan diri, hinggalah cara menunaikan solat, isu-isu puasa, sambil memberi tumpuan khusus bagi pesakit-pesakit di hospital.
Kursus ini sesuai buat mereka yang menjadi penjaga bagi orang yang sakit, atau untuk kita semua sebagai membekalkan diri dengan ilmu agar dapat dipraktikkan bila perlu.
Apa yang akan anda belajar?
- Memahami konsep rukhsah dalam islam
- Cara melakukan tayammum bagi balutan / luka / penyakit
- Cara berwudhu dalam situasi darurat
- Cara menunaikan solat bagi orang sakit
- Isu-isu kesihatan dan agama kontemporari
- Hukum puasa bagi orang sakit
- Doa-doa untuk orang sakit
Tempoh Kursus
4 minggu, 2 jam per sesi.
Yuran Kursus
$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil
Tarikh
- Julai: 4, 11, 18 & 25
Fiqh Keluarga (ADIL)
Iaitu dengan mengulang kaji semula tanggungjawab dan peranan setiap anggota keluarga muslim, sesama mereka yang ada hubungan mahram yang terdiri daripada ibu dah ayah dan adik beradik serta hubungan dengan ahli keluarga bukan mahram seperti anak angkat dan pembantu rumah. Ia juga akan membahaskan isu-isu terkini yang dihadapi oleh sebuah keluarga muslim di Singapura seperti isu aurat anak angkat, isu persediaan hari tua seperti warisan, wasiat, faraid dan perancangan keluarga.
Peserta akan dibawa memahami dan mempratikkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan berkeluarga yang disebutkan dalam sumber-sumber agama, bersesuaian dengan kehidupan di Singapura. Sesuai untuk mereka yang ingin berumahtangga, ingin menerima menantu, mengambil anak angkat & mempunyai harta untuk peninggalan.
Apa yang akan anda belajar?
- Panduan asas dalam menguruskan keluarga yang berpandukan nilai nilai Islam menurut konteks Singapura.
- Menjelaskan isu-isu berkaitan keluarga: hak dan tanggungjawab, nafkah, aurat, isu mahram, wasiat & faraid.
- Berkongsi maklumat-maklumat yang penting dan relevan dari badan berkuasa seperti MUIS, Mahkamah Syariah, ROMM, Family Court, AMLA dan lain-lain.
Tempoh Kursus
4 minggu, 2 jam per sesi.
Tarikh
- Ogos: 1, 8, 15 & 22
- Oktober: 4, 11, 18 & 25
Yuran Kursus
$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil
Fiqh Ramadan (ADIL) – Percuma
Dengan tujuan para peserta dapat masuk ke bulan Ramadan dengan persediaan dari segi mental, jasmani & rohani agar dapat mendapat keuntungan dalam bulan Ramadan. Ia juga akan membahaskan isu-isu seperti apa yang membatalkan puasa, nisab zakat, rakaat terawih. Juga soalan-soalan yang kerap ditanya (FAQ) puasa serta isu-isu kontemporari.
Mari sertai kursus percuma ini!
Apa yang akan anda belajar?
- Panduan menjalankan ibadah-ibadah dalam Ramadan
- Isu-isu berkenaan Puasa
(apa yang membatalkan, puasa orang sakit, qadha, fidyah & dll) - Isu-isu perubatan kontemporari (IV drip, inhaler, insulin dll)
- Doa-doa & amalan-amalan bulan Ramadan
Tempoh Kursus
2 minggu, 2 jam per sesi.
Tarikh
- 20 & 27 Feb
- 2 & 9 Mac
- 19 & 25 Mac
Fiqh Ramadan (ADIL) – Free Course
This is so that participants could enter Ramadan physically, mentally & spiritually prepared to reap its benefits. It also discusses the issues such as what invalidates the fast, rate for zakat, number of rakaats in the night prayers. Also the Frequently asked questions about Ramadan and contemporary issues.
Let’s join this free course.
What will you learn?
- Guide to acts of worship in Ramadan
- Issues relating to Fast
(nullifiers, fasting for the sick, making up for missed fast, fidyah etc) - Contemporary medical issues (IV drip, insulin, inhaler, etc)
- Supplications you can read in Ramadan
Course Duration
2 Weeks, 2 hours per session.
Dates
- 3 & 10 Feb
- 7 & 14 March
Jalan Menuju Taubat (ADIL)
Dari itu, adalah penting bagi umat Islam untuk memahami perkara yang boleh membawa kita kepada dosa sebagai langkah pencegahan dalam perjalanan kita mencari redha Allah.
Antara perkara yang akan dibincangkan dalam kursus ini adalah; konsep dosa, manifestasi Taubat, cara-cara atau syarat-syarat taubat dan cerita-cerita teladan untuk memberi motivasi kepada seseorang untuk bertaubat.
Apa yang akan anda belajar?
- Menjadikan hamba yang lebih yakin akan rahmat dan pengampunan Allah
- Mendidik rohani dan menanam kesedaran peri pentingnya taubat setelah melakukan dosa
- Dapat melakukan tindakan untuk taubat
- Amalan-amalan untuk menjauhkan dosa
Tempoh Kursus
5 minggu, 2 jam per sesi.
Yuran Kursus
$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil
Tarikh
- Mei & Jun: 25, 1, 8, 15 & 22
- Oktober: 3, 10, 17, 24, 31
- Disember: 2, 3, 9, 10 & 16
Ulul Azmi (ADIL)
Siapakah mereka? Apakah yang menyebabkan mereka ini cekal? Bagaimana kita boleh mencontohi kecekalan mereka dalam menghadapi cabaran kehidupan kita hari ini, sekaligus menambahkan keimanan kita.
Apa yang akan anda belajar?
- Menguatkan iman melalui iman pada rasul
- Kisah ujian para anbiya terdahulu dan bagaimana mereka menghadapinya
- Menyesuaikan ujian dan solusi mengikut konteks hari ini
- Motivasi dan dorongan untuk terus cekal dan tabah
- Zikir-zikir para anbiya’ untuk mendapatkan kekuatan
Tempoh Kursus
4 Minggu, 2 jam per sesi.
Yuran Kursus
$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil
Tarikh
- Ogos: 7, 14, 21 & 28
- Oktober: 3, 10, 17 & 24
Tafsir Surah Al-Fatihah (ADIL)
Sebagai seorang muslim, kita wajib membaca Al-Fatihah dalam solat kita dan juga kita sering dengar ia dibaca sebagai pembuka majlis dalam kehidupan seharian kita.
Namun adakah kita faham apa yang kita baca & dengar? Jom ikuti kursus ini dalam mengupas Tafsir Surah Al-Fatihah
Apa yang akan anda belajar?
- Kepentingan serta maksud di sebalik surah pertama di dalam al-Quran ini.
- Nilai sebenar dan cara menghargai Surah Al-Fatihah.
- Pelajaran-pelajaran penting daripada surah ini yang boleh diterapkan dalam kehidupan dan kerohanian pada hari ini.
- Tahsin Bacaan Al-Fatihah
Tempoh Kursus
4 minggu, 2 jam per sesi.
Tarikh
- Julai: 5, 12, 19 & 26
- Oktber: 2, 9, 16 & 23
Yuran Kursus
$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil
Bengkel Solat (ADIL) – $50
Modul ini menghuraikan semua perkara mengenai ibadah solat, dari solat fardhu hingga segala jenis-jenis solat sunat yang ada.
Dengan tujuan para peserta dapat menghayati ibadah solat dari segi mental, jasmani & rohani agar dapat mendapat keuntungan dalam menunaikan ibadah ini. Ia juga akan membahaskan sejarah solat, syarat-syarat, rukun-rukun dan bacaan-bacaan solat dan bagaimana mencapai khusyuk dalam solat dll.
Mari sertai kursus percuma ini!
Apa yang akan anda belajar?
• Sejarah solat
• Syarat-syarat, rukun-rukun dan bacaan-bacaan solat
• Jenis-jenis solat
• Mengenai Khusyuk dll.
A Muslim’s Manual 1
Synopsis:
The purpose of Islamic acts of worship or practices is to strengthen the individual’s faith and submission to Allah, to enhance his character, to discipline him for his role as Allah’s faithful servant and steward on earth and to reinforce their bonds of humanity.
In this deeply self-reflective and interactive course in understanding the Pillar of Islam (Arkanul Islam), students will not only learn the fine details of the aspects of worship, but also their significance in order to sustain his appreciation and steadfastness in performing them. This module will focus on the first and second pillars of Islam (Syahadah & Solat).
Content:
Introduction
Islam as Way of Life: Faith, Actions, Perfection
The First Pillar: Syahadah
The Second Pillar: Solat
The Importance of Solat
The Pre-Requisites of Solat
Integrals & Nullifiers of Solat
Perfecting Solat with Khusyu’
Fees: Only $50
Course Duration: 5 weeks, 2 hour per session
Sinopsis
ADIL Fiqh Musafir adalah kursus ringkas yang merangkumi perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin bermusafir dan pada masa yang sama tetap kukuh dalam mengamalkan ibadah islam. Siapa itu seorang musafir? Apakah adab dan doa-doa Ketika musafir? Bagaimana kita boleh menunaikan ibadah solat fardhu Ketika sedang musafir? Dapati jawapan-jawapn ini dan lebih lagi dengan menyertai kursus ini!
Apa Yang Akan Anda Belajar?
Pengertian Rukhsah
Solat Jama’ & Qasar
Pengertian Musafir
Adab & Doa-Doa Safar
Solat Di Dalam Kenderaan
Panduan Berpuasa dan Pemakanan Ketika Bermusafir
Yuran: $50
Tempoh: 4 minggu, 2 jam per sesi.