Kursus Agama Orang Dewasa (ADIL) 2023

Kursus-kursus ADIL Masjid Al-Muttaqin 2023

  • Siri Fiqh: Fardhu Ain, Fiqh Pesakit, Fiqh Keluarga, Fiqh Ramadan
  • Siri Kukuhkan Iman: Ulul Azmi, Jalan Menuju Taubat, Tafsir Surah Al-Fatihah

Kursus-kursus adalah berbayar* akan dikendalikan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris oleh Murabbi-murabbi terlatih dan diiktiraf.  

Skrol ke bawah untuk dapatkan sinopsis kursus-kursus tersebut.

Anda boleh buat pendaftaran di: imam.almuttaqin.sg

 

*Kecuali Fiqh Ramadan

 

Fardhu Ain (ADIL) 

ADIL Fardhu Ain adalah kursus ringkas yang merangkumi perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh semua orang islam. Sesuai untuk mereka yang baru hendak belajar atau yang ingin mengulangkaji asas ilmu agamanya.

Fardhu Ain adalah perkara-perkara mesti diketahui oleh semua individu, ia termasuk rukun islam, rukun iman dan perkara-perkara seharian. adakah anda tahu Fardhu Ain anda?

Apa yang akan anda belajar?

  • Rukun Islam & Rukun Iman
  • Bersuci – apa itu hadas, najis, cara menghilangkan dsb.
  • Solat – asas solat, fardhu, sunat, rukun.
  • Puasa – hukum-hukum sekitar puasa
  • Zakat- cara menunaikan, berapa, siapa layak terima?
  • Haji secara ringkas

Tempoh Kursus

4 minggu, 2 jam per sesi.

 

Yuran Kursus

$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil 

Tarikh

  • Jan: 4, 11, 18 & 25
  • Feb: 22, Mac: 1, 8 & 15
  • Julai: 3, 10, 17 & 24
  • September: 4, 11, 18 & 25
  • November: 7, 14, 21 & 28

Fiqh Pesakit (ADIL)

Sebagai manusia kita adakala ditimpa sakit, dan sebagai orang islam kita yakin sakit itu adalah ujian dari Allah untuk menghapus dosa kita dan mengangkat darjat kita. Dalam sakit kita, adakah masih dituntut dari kita untuk beribadah sebagaimana orang yang sihat?

Kursus ini bertujuan untuk mengenalkan konsep rukhsah (keringanan) dalam agama bagi orang-orang yang dalam keadaan darurat ataupun sakit khususnya. Dari cara mensucikan diri, hinggalah cara menunaikan solat, isu-isu puasa, sambil memberi tumpuan khusus bagi pesakit-pesakit di hospital.

Kursus ini sesuai buat mereka yang menjadi penjaga bagi orang yang sakit, atau untuk kita semua sebagai membekalkan diri dengan ilmu agar dapat dipraktikkan bila perlu.

Apa yang akan anda belajar?

  • Memahami konsep rukhsah dalam islam 
  • Cara melakukan tayammum bagi balutan / luka / penyakit
  • Cara berwudhu dalam situasi darurat
  • Cara menunaikan solat bagi orang sakit
  • Isu-isu kesihatan dan agama kontemporari
  • Hukum puasa bagi orang sakit
  • Doa-doa untuk orang sakit

 

Tempoh Kursus

4 minggu, 2 jam per sesi.

Yuran Kursus

$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil

 

Tarikh

  • Julai: 4, 11, 18 & 25

Fiqh Keluarga (ADIL)

Modul ini bermatlamat agar para peserta dapat memahami dan melaksanakan  tanggungjawab masing-masing untuk mencapai kehidupan berkeluarga yang penuh sakinah dan  rahmah. 

Iaitu dengan mengulang kaji semula tanggungjawab dan peranan setiap anggota  keluarga muslim, sesama mereka yang ada hubungan mahram yang terdiri daripada ibu dah ayah  dan adik beradik serta hubungan dengan ahli keluarga bukan mahram seperti anak angkat dan  pembantu rumah.  Ia juga akan membahaskan isu-isu terkini yang dihadapi oleh sebuah keluarga muslim di  Singapura seperti isu aurat anak angkat, isu persediaan hari tua seperti warisan, wasiat, faraid dan perancangan keluarga. 

Peserta akan dibawa memahami dan mempratikkan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan berkeluarga yang disebutkan dalam  sumber-sumber agama, bersesuaian dengan kehidupan di Singapura. Sesuai untuk mereka yang ingin berumahtangga, ingin menerima menantu, mengambil anak angkat & mempunyai harta untuk peninggalan.

Apa yang akan anda belajar?

  • Panduan asas dalam menguruskan keluarga yang berpandukan nilai nilai Islam menurut konteks Singapura. 
  • Menjelaskan isu-isu berkaitan keluarga: hak dan tanggungjawab, nafkah, aurat, isu mahram, wasiat & faraid.  
  • Berkongsi maklumat-maklumat yang penting dan relevan dari badan berkuasa seperti MUIS, Mahkamah Syariah, ROMM, Family Court, AMLA dan  lain-lain. 

Tempoh Kursus

4 minggu, 2 jam per sesi.

 

Tarikh

  • Ogos: 1, 8, 15 & 22
  • Oktober: 4, 11, 18 & 25

Yuran Kursus

$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil

 

Fiqh Ramadan (ADIL) – Percuma

Modul ini menghuraikan ibadah-ibadah yang kita biasa lakukan dalam bulan Ramadan seperti; Puasa, Terawih, Zakat, Qiyamullail & Solat Hari Raya. 

Dengan tujuan para peserta dapat masuk ke bulan Ramadan dengan persediaan dari segi mental, jasmani & rohani agar dapat mendapat keuntungan dalam bulan Ramadan. Ia juga akan membahaskan isu-isu seperti apa yang membatalkan puasa, nisab zakat, rakaat terawih. Juga soalan-soalan yang kerap ditanya (FAQ) puasa serta isu-isu kontemporari.

Mari sertai kursus percuma ini!

Apa yang akan anda belajar?

  • Panduan menjalankan ibadah-ibadah dalam Ramadan
  • Isu-isu berkenaan Puasa
    (apa yang membatalkan, puasa orang sakit, qadha, fidyah & dll)
  • Isu-isu perubatan kontemporari (IV drip, inhaler, insulin dll)
  • Doa-doa & amalan-amalan bulan Ramadan

Tempoh Kursus

2 minggu, 2 jam per sesi.

 

Tarikh

  • 20 & 27 Feb
  • 2 & 9 Mac
  • 19 & 25 Mac

Fiqh Ramadan (ADIL) – Free Course

This module will cover the rites & rituals that are done in the month of Ramadan such as; Fasting, Night Prayers, Zakat (alms) & the Eid Prayers.

This is so that participants could enter Ramadan physically, mentally & spiritually prepared to reap its benefits. It also discusses the issues such as what invalidates the fast, rate for zakat, number of rakaats in the night prayers. Also the Frequently asked questions about Ramadan and contemporary issues.

Let’s join this free course. 

What will you learn?

  • Guide to acts of worship in Ramadan
  • Issues relating to Fast
    (nullifiers, fasting for the sick, making up for missed fast, fidyah etc)
  • Contemporary medical issues (IV drip, insulin, inhaler, etc)
  • Supplications you can read in Ramadan

Course Duration

2 Weeks, 2 hours per session.

 
 
 
 
 
 

 

Dates

  • 3 & 10 Feb
  • 7 & 14 March

Jalan Menuju Taubat (ADIL) 

Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari dosa. Walaubagaimanapun, selagi hayat dikandung badan, kita masih mempunyai kesempatan untuk bertaubat. 

Dari itu, adalah penting bagi umat Islam untuk memahami perkara yang boleh membawa kita kepada dosa sebagai langkah pencegahan dalam perjalanan kita mencari redha Allah.

Antara perkara yang akan dibincangkan dalam kursus ini adalah; konsep dosa, manifestasi Taubat, cara-cara atau syarat-syarat taubat dan cerita-cerita teladan untuk memberi motivasi kepada seseorang untuk bertaubat.

Apa yang akan anda belajar?

  • Menjadikan hamba yang lebih yakin akan rahmat dan pengampunan Allah
  • Mendidik rohani dan menanam kesedaran peri pentingnya taubat setelah melakukan dosa
  • Dapat melakukan tindakan untuk taubat
  • Amalan-amalan untuk menjauhkan dosa

Tempoh Kursus

5 minggu, 2 jam per sesi.

 

 

Yuran Kursus

$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil

 

Tarikh

  • Mei & Jun: 25, 1, 8, 15 & 22
  • Oktober: 3, 10, 17, 24, 31
  • Disember: 2, 3, 9, 10 & 16

Ulul Azmi (ADIL) 

Kursus yang bertujuan untuk mengenalkan kita pada Rasul-rasul yang ulung, yang digelar ulul azmi. Yaitu mereka yang mempunyai kecekalan dan ketabahan. Mereka adalah para rasul yang menghadapi ujian yang berat yang pelbagai, namun tabah menghadapinya.

Siapakah mereka? Apakah yang menyebabkan mereka ini cekal? Bagaimana kita boleh mencontohi kecekalan mereka dalam menghadapi cabaran kehidupan kita hari ini, sekaligus menambahkan keimanan kita. 

Apa yang akan anda belajar?

  • Menguatkan iman melalui iman pada rasul
  • Kisah ujian para anbiya terdahulu dan bagaimana mereka menghadapinya
  • Menyesuaikan ujian dan solusi mengikut konteks hari ini
  • Motivasi dan dorongan untuk terus cekal dan tabah
  • Zikir-zikir para anbiya’ untuk mendapatkan kekuatan

Tempoh Kursus

4 Minggu, 2 jam per sesi.

 

Yuran Kursus

$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil

 

 

Tarikh

  • Ogos: 7, 14, 21 & 28
  • Oktober: 3, 10, 17 & 24

Daftar di sini!

Tafsir Surah Al-Fatihah (ADIL)

Surah Al-Fatihah merupakan pembukaan Al-Quran dan ia merumuskan intipati keseluruhan kitab tersebut. Ia merupakan doa memohon petunjuk dan rahmat Tuhan, ia adalah pengakuan ketuhanan bagi Allah s.w.t. 

Sebagai seorang muslim, kita wajib membaca Al-Fatihah dalam solat kita dan juga kita sering dengar ia dibaca sebagai pembuka majlis dalam kehidupan seharian kita.

Namun adakah kita faham apa yang kita baca & dengar? Jom ikuti kursus ini dalam mengupas Tafsir Surah Al-Fatihah

Apa yang akan anda belajar?

  • Kepentingan serta maksud di sebalik surah pertama di dalam al-Quran ini.
  • Nilai sebenar dan cara menghargai Surah Al-Fatihah.
  • Pelajaran-pelajaran penting daripada surah ini yang boleh diterapkan dalam kehidupan dan kerohanian pada hari ini.
  • Tahsin Bacaan Al-Fatihah

Tempoh Kursus

4 minggu, 2 jam per sesi.

 

Tarikh

  • Julai: 5, 12, 19 & 26
  • Oktber: 2, 9, 16 & 23

Yuran Kursus

$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil

Bengkel Solat (ADIL) – $50
Bengkel Solat (ADIL) – $50

Modul ini menghuraikan semua perkara mengenai ibadah solat, dari solat fardhu hingga segala jenis-jenis solat sunat yang ada.
Dengan tujuan para peserta dapat menghayati ibadah solat dari segi mental, jasmani & rohani agar dapat mendapat keuntungan dalam menunaikan ibadah ini. Ia juga akan membahaskan sejarah solat, syarat-syarat, rukun-rukun dan bacaan-bacaan solat dan bagaimana mencapai khusyuk dalam solat dll.
Mari sertai kursus percuma ini!

Apa yang akan anda belajar?
• Sejarah solat
• Syarat-syarat, rukun-rukun dan bacaan-bacaan solat
• Jenis-jenis solat
• Mengenai Khusyuk dll.

Daftar di sini!

A Muslim’s Manual 1

Synopsis:
The purpose of Islamic acts of worship or practices is to strengthen the individual’s faith and submission to Allah, to enhance his character, to discipline him for his role as Allah’s faithful servant and steward on earth and to reinforce their bonds of humanity.
In this deeply self-reflective and interactive course in understanding the Pillar of Islam (Arkanul Islam), students will not only learn the fine details of the aspects of worship, but also their significance in order to sustain his appreciation and steadfastness in performing them. This module will focus on the first and second pillars of Islam (Syahadah & Solat).

Content:
Introduction
Islam as Way of Life: Faith, Actions, Perfection
The First Pillar: Syahadah
The Second Pillar: Solat
The Importance of Solat
The Pre-Requisites of Solat
Integrals & Nullifiers of Solat
Perfecting Solat with Khusyu’

Fees: Only $50

Course Duration: 5 weeks, 2 hour per session

Register here!

FIQH MUSAFIR

Sinopsis

ADIL Fiqh Musafir adalah kursus ringkas yang merangkumi perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin bermusafir dan pada masa yang sama tetap kukuh dalam mengamalkan ibadah islam. Siapa itu seorang musafir? Apakah adab dan doa-doa Ketika musafir? Bagaimana kita boleh menunaikan ibadah solat fardhu Ketika sedang musafir? Dapati jawapan-jawapn ini dan lebih lagi dengan menyertai kursus ini!

Apa Yang Akan Anda Belajar?

Pengertian Rukhsah
Solat Jama’ & Qasar
Pengertian Musafir
Adab & Doa-Doa Safar
Solat Di Dalam Kenderaan
Panduan Berpuasa dan Pemakanan Ketika Bermusafir

Yuran: $50

Tempoh: 4 minggu, 2 jam per sesi.

Daftar di sini!