Kursus Bimbingan IMAM 2023
Panduan Islam Untuk Orang Dewasa (IMAM)
Tersedia kursus-kursus berikut:
- Siri Imam Muazzin: Kursus Muazzin, Kursus Muazzin Lanjutan, Kursus Imam
- Bengkel Pengurusan Jenazah
Skrol ke bawah untuk sinopsis kursus kami.
Pendaftaran boleh dibuat di http://imam.almuttaqin.sg
Siri Bimbingan Imam & Muazzin
Kursus Muazzin
Adakah anda yakin untuk melaungkan azan? Adakah anda tahu sebutan-sebutannya?
Apa yang akan anda belajar?
- Sejarah & perkembangan seni Azan
- Tatacara melaungkan azan
- Adab-adab dan sunnah-sunnah azan
- Hukum-hukum berkaitan dengan Muazzin
Tempoh Kursus
4 minggu, 2 jam per sesi.
Tarikh
- Julai: 4, 11, 18 & 25
Yuran Kursus
$25 sahaja
Kursus Muazzin (Lanjutan)
Juga ketahui tatacara dan bacaan-bacaan yang sepatutnya anda tahu lebih-lebih lagi jika anda berminat untuk menjadi Muazzin di Masjid.
Apa yang akan anda belajar?
- Lagu-lagu azan yang berbeza
- Hukum-hukum berkaitan dengan Muazzin
- Teknik pernafasan
- Bacaan-bacaan lain (Solat Jumaat, Terawih, Solat Raya)
Tempoh Kursus
4 minggu, 2 jam per sesi.
Yuran Kursus
$30 sahaja
Tarikh
- September: 6, 13, 20 & 27
Kursus Imam
Sekiranya kita menjadi Imam, Surah apa yang sepatutnya dibaca dalam solat? Apa yang patut dilakukan sekiranya terlupa ayat yang dibaca?
Mari bersama sertai kursus singkat ini menjawab soalan-soalan itu dan untuk megetahui lebih lanjut tentang tatacara menjadi Imam serta memperbaiki bacaan Surah Al-Fatihah.
Ayuh Bersama kita dalam kursus RINGKAS dan INTERAKTIF dalam membicarakan perihal menjadi Imam dalam Solat.
Sesuai untuk ketua-ketua keluarga, yang sedang mencari makmum, belia-belia dan ibu bapa yang akan interviu bakal-bakal imam.
Apa yang akan anda belajar?
- Tatacara menjadi Imam dalam solat
- Ciri-ciri imam yang patut diutamakan
- Tahsin bacaan Al-Fatihah
- Hukum-hukum berkaitan menjadi Imam dalam solat.
Tempoh Kursus
4 minggu, 2 jam per sesi.
Yuran Kursus
$25 sahaja
Tarikh
- Mei & Jun: 31, 7, 14 & 21
Kursus Jenazah
Kursus sehari ini bertujuan untuk membekalkan setiap dari kita dengan ilmu dan pengetahuan untuk menguruskan jenazah dari mandi hingga ke liang lahad. Agar kita dapat berkhidmat untuk ahli keluarga kita buat kali terakhir apabila perlu.
Sesuai untuk semua dari belia hingga dewasa.
Apa yang akan anda belajar?
- Apa yang berlaku sebelum kematian
- Cara pengurusan jenazah (mandi, kafan, solat, pengebumian)
- Amalan-amalan yang memberi manfaat pada orang yang sudah meninggal dunia.
- Hukum-hukum berkaitan pengurusan jenazah.
Tempoh Kursus
1 Hari.
Yuran Kursus
$50 sahaja
Termasuk Nota, Sijil
Tarikh
- 27 Mei
- 16 Disember