Bicara Dengan Tuhan: Sebuah Bengkel Solat
Sebuah bengkel buat semua kita yang ingin pelajari atau mengulangkaji tatacara solat, serta hukum-hukum seputar Ibadah Solat dengan membincangkan topik-topik berikut:
1) Kepentingan Solat
2) Syarat dan Rukun Solat
3) Bacaan-bacaan dalam Solat
4) Persoalan sekitar Solat
5) Jenis-jenis solat
Di akhir kursus ini, para peserta diharapkan akan dapat:
- Mengetahui kepentingan Solat dan dapat menerapkan pada individu dan keluarga
- Lebih yakin tentang hukum-hakam Solat dan boleh memberi panduan asas kepada ahli keluarga
- Menjawab persoalan-persoalan asas Solat dengan yakin.
- Menjadi seorang yang aktif menunaikan Solat dan menambah nilai untuk setiap Solat Wajib dan Sunat.
Bengkel ini menyasarkan orang-orang dewasa yang ingin mempelajari agama secara modular tanpa mengira latar belakang.
Yuran bengkel hanyalah $50/-, termasuk buku, makanan ringan & sijil.
Kursus akan berjalan pada 26 Februari, 4, 11 & 18 Mac.
Mari kita menuju ke arah ibadah yang sempurna, bukan hanya rutin semata. 🙂
Ayuh daftar sekarang di sini!
Recent Comments