SALAM MAAL HIJRAH!

Sepanjang bulan Muharram, kami akan mengadakan pelbagai program untuk anda sekeluarga.

Ada kursus, forum, kambing golek, bubble tea, jamuan iftar, semuanya tersedia untuk anda. Ayuuh sama-sama kita makmurkan Masjid dan meriahkan acara-acara ini.

Untuk mendaftar ke kursus-kursus kami, lungsuri: imam.almuttaqin.sg

Untuk mendaftar ke acara-acara kami yang akan datang, lungsuri: picktime.com/mtqbooking 

 

 

 

Sambutan Awal Muharram

Jom bersama kami dan keluarga Al-Muttaqin pada malam tahun baru hijrah 1444 dengan bacaan doa akhir & awal tahun, tazkirah khas, dan doa selamat.InshaAllah bermacam juadah akan dihidangkan seperti nasi mandi dan kambing golek! Ingin potluck? Boleh juga. 🙂

Kanak-kanak pula boleh menikmati Air Batu Malaysia sambil bermain bunga api beramai-ramai!

Tidak lupa juga Santai Kopi siaran langsung di masjid bersama Asatizah kami selepas solat maghrib. Kopi pon ada!

Jumaat, 29 Julai, bermula jam 7 malam. Sampaikan jemputan ini kepada semua rakan dan keluarga anda!

#CaringMuttaqin #AwalMuharram #TahunBaruAzamBaru

BICARA MUSLIMAH
Isteri Dahulu Vs Isteri Sekarang

Benarkah peranan isteri adalah untuk duduk di dapur dan mengurus rumah? Bagaimana tentang wanita berkerjaya? Adakah sama peranan isteri dulu dan sekarang? 

Mari bersama Ustazah Kalthom Isa & Ustazah Nadia Hanim kita bincangkan tentang peranan isteri dulu dan sekarang. Sabtu, 30 Julai di Multi Purpose Hall.

Tiada pendaftaran diperlukan.

Forum ini akan diadakan di masjid dan juga akan disiarkan live di Facebook and YouTube.

#CaringMuttaqin #BicaraMuslimah #Korban #MTQLive