Untukmu Ramadan: Kursus Singkat Fiqh Ramadan
Sebuah kursus buat semua kita yang ingin pelajari atau mengulangkaji tatacara puasa, serta hukum-hukum seputar Ibadah puasa dan bulan Ramadan. Topik-topik yang akan dibincangkan dalam kursus ini adalah:
- Persiapan menghadapi Ramadan
- Puasa di bulan Ramadan
- Zakat Fitrah
- Solat Terawih
- Solat Qiyamulleil
- Malam Lailatul Qadr
- Soalan-soalan Ramadan & Isu-isu kontemporari
Pada akhir kursus ini, peserta diharapkan akan dapat:
- Menjadi lebih yakin dalam mengamalkan ibadah.
- Menjadi lebih bersedia untuk menyambut Ramadan dan mengetahui nilai bulan Ramadan.
- Mengetahui lebih banyak hukum-hakam sekitar puasa dan yakin dalam menerangkan kepada yang lain, khususnya ahli keluarga.
- Berkongsi maklumat kepada yang lain.
- Menjadi hamba Allah yang bersiap siaga untuk menambah nilai amal sebelum masuk Ramadan dan Berjaya memanfaatkan Ramadan yang lebih baik daripada tahun yang sudah.
Bengkel ini menyasarkan orang-orang dewasa yang ingin mempelajari agama secara modular tanpa mengira latar belakang.
Kursus adalah percuma, buku, makanan ringan & sijil akan diberikan.
Kursus akan berjalan pada Hari Jumaat, 6 & 13 Mac, 7.30mlm – 9.30mlm
Ibadah yang paling memberi kesan adalah yang berdasarkan ilmu dan bersulamkan ikhlas.
Ayuh daftar di sini!
Recent Comments