Bicara Dengan Tuhan: Sebuah Bengkel Solat

Sebuah bengkel buat semua kita yang ingin pelajari atau mengulangkaji tatacara solat, serta hukum-hukum seputar Ibadah Solat dengan membincangkan topik-topik berikut:

1) Kepentingan Solat
2) Syarat dan Rukun Solat
3) Bacaan-bacaan dalam Solat
4) Persoalan sekitar Solat
5) Jenis-jenis solat

 

Di akhir kursus ini, para peserta diharapkan akan dapat:

  • Mengetahui kepentingan Solat dan dapat menerapkan pada individu dan keluarga
  • Lebih yakin tentang hukum-hakam Solat dan boleh memberi panduan asas kepada ahli keluarga
  • Menjawab persoalan-persoalan asas Solat dengan yakin.
  • Menjadi seorang yang aktif menunaikan Solat dan menambah nilai untuk setiap Solat Wajib dan Sunat.

Bengkel ini menyasarkan orang-orang dewasa yang ingin mempelajari agama secara modular tanpa mengira latar belakang.

Yuran bengkel hanyalah $50/-, termasuk buku, makanan ringan & sijil.

Kursus akan berjalan pada 26 Februari, 4, 11 & 18 Mac. 

Mari kita menuju ke arah ibadah yang sempurna, bukan hanya rutin semata. 🙂

Ayuh daftar sekarang di sini!