Forum Sempena Maulidurrasul s.a.w:
Siapa Imam mu?

Bersama Ustaz Hafiizh Rapi’ee & Ustaz Md Zahil Zakaria sebagai Panelis dan Ustaz Md Hanifatunnu’man Md Hasbi sebagai Moderator.

Mari kita sama-sama merungkai bagaimana Al-Quran, yang merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w, menjadi imam dan panduan kita dalam kehidupan di dunia ini?
Apakah betul jawapan setiap perkara itu ada di dalam Al-Quran?

Mari sama-sama hadir forum ini pada
Sabtu, 23 November 2019
Jam 10.30pg di Dewan Solat Utama Masjid Al-Muttaqin
Jamuan tengahari disediakan.

Tazkirah Maulid

Sambil kita mendengar halwa telinga, alunan qasidah dari kumpulan Ikhwanul Muntaqa, mari kita mendapatkan ilmu dan pesanan dari:
1) Ustaz Md Mukhtar Habib Mohamed
(MRO Masjid Wak Tanjong) dan 
2) Ustaz Anwar Hussain
(MRO Masjid Khalid)

Bermula selepas isya di Dewan Solat Utama Masjid Al-Muttaqin.

Jamuan Briyani disediakan!
Mari hadir bersama teman dan keluarga!

TAHNIK & CUKUR RAMBUT BERAMAI-RAMAI

 

Mari jangan kita lepaskan peluang mentahnikkan bayi kita dan mencukurkan rambutnya pada majlis yang penuh barakah, Majlis Maulidurrasul s.a.w.

Majlis akan bermula selepas solat Zohor, jam 2.30 tengahari di Dewan Solat Utama, bacaan maulid akan dipimpin oleh Kumpulan Syababul Muttaqin.

Antara Sunnah Nabi s.a.w untuk bayi yang baru lahir adalah:

1) Tahnik (melekatkan manisan pada lelangit bayi)
2) Cukur Rambut. dan kemudian bersedekah dengan nilai emas atau perak seberat timbangan rambut yang dicukur.
3) Aqiqah sebagai tanda syukur pada Allah.

Sila daftar sekarang! di pejabat atau secara online di: www.tinyurl.com/cukurrambut2019

Hanya $70 / bayi. Goodie bag dan sijil akan diberikan percuma!

Maulid Khas Muslimah

Bacaan Maulid Ad-Dibaie bersama kumpulan beliawanis Muslimah serta Tausiyah dan Tazkirah oleh Ustazah Nurjannah Shonar.

Majlis akan diadakan di Dewan Serbaguna Masjid, Aras 2 sebelah Lif.
Jam 2.30 petang serentak dengan Majlis cukur rambut.  

Bacaan Maulid Barzanji
Oleh Ustazah Latifah Abu Bakar dan pelajar-pelajar
di dewan Solat Muslimah jam 5 petang selepas solat Asar.

Bacaan Ma’thurat

Jam 6.30 petang
di Dewan Solat Utama Masjid Al-Muttaqin
.

Bacaan ayat-ayat dan doa-doa yang menjadi amalan harian Rasulullah s.a.w.
Mari Kita hidupkan Sunnah!

Bacaan Qasidah Burdah
Akan dipimpin oleh kumpulan Ikhwanul Muntaqa yang akan membacakan Syair cinta Imam Al-Busiri untuk Rasulullah s.a.w.

Selepas Maghrib di Dewan Solat Utama

 

 

Tersedia Mini Bazar bagi pengunjung Masjid Al-Muttaqin.

Dibuka sepanjang hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Mari sokong dan bantu ekonomi orang Islam!

Gerai-gerai menjual produk seperti: Aksesori Muslimah, Ais Krim, Minuman, Kuih-kuih dan lain-lain.