Untukmu Ramadan: Kursus Singkat Fiqh Ramadan

Sebuah kursus buat semua kita yang ingin pelajari atau mengulangkaji tatacara puasa, serta hukum-hukum seputar Ibadah puasa dan bulan Ramadan. Topik-topik yang akan dibincangkan dalam kursus ini adalah:

  1. Persiapan menghadapi Ramadan
  2. Puasa di bulan Ramadan
  3. Zakat Fitrah
  4. Solat Terawih 
  5. Solat Qiyamulleil 
  6. Malam Lailatul Qadr
  7. Soalan-soalan Ramadan & Isu-isu kontemporari

Pada akhir kursus ini, peserta diharapkan akan dapat:

  • Menjadi lebih yakin dalam mengamalkan ibadah.
  • Menjadi lebih bersedia untuk menyambut Ramadan dan mengetahui nilai bulan Ramadan.
  • Mengetahui lebih banyak hukum-hakam sekitar puasa dan yakin dalam menerangkan kepada yang lain, khususnya ahli keluarga.
  • Berkongsi maklumat kepada yang lain.
  • Menjadi hamba Allah yang bersiap siaga untuk menambah nilai amal sebelum masuk Ramadan dan Berjaya memanfaatkan Ramadan yang lebih baik daripada tahun yang sudah.

Bengkel ini menyasarkan orang-orang dewasa yang ingin mempelajari agama secara modular tanpa mengira latar belakang.

Kursus adalah percuma, buku, makanan ringan & sijil akan diberikan.

Kursus akan berjalan pada Hari Jumaat, 6 & 13 Mac, 7.30mlm – 9.30mlm 

Ibadah yang paling memberi kesan adalah yang berdasarkan ilmu dan bersulamkan ikhlas.
Ayuh daftar di sini!