Events

Upcoming Events

Bicara Muslimah (FB LIVE)

Ramadan Gudang Pahala Wanita

Memanfaatkan Ramadan sepenuhnya. Persoalan yang sering terngiang-ngiang oleh Muslimah. Apakah caranya?

Bersama Masjid Al-Muttaqin dan Ustazah Kalthom Isa dalam acara tertutup khas untuk Muslimah, kita ketahui bagaiman caranya Ramadan dapat menjadi Gudang Pahala dan Kebajikan bagi Muslimah yang walaupun mungkin tidak dapat puasa sebulan penuh kerana haid, hamil, menyusu dan sebagainya. Namun bagaimana tetap dapat meraih sebanyak mungkin manfaat di bulan Ramadan yang mulia ini.

Ceramah disusuli dengan sesi soal jawab bagi soalan-soalan khusus wanita.

Kursus Imam & Muazzin

Kursus Asas Imam dan Muazzin

Kursus singkat bagi Muslimin untuk mengetahui asas-asa menjadi Imam dan Muazzin.
Kursus ini akan menyentuh:

  • Syarat dan adab seorang Imam dan Muazzin
  • Istikhlaf Imam (sekiranya Imam terbatal Solatnya)
  • Panduan Umum Imam dan Muazzin di Masjid/Surau/Rumah
  • Asas Lagu2 bacaan Al-Fatihah dan Azan.

Manfaat yang diharapkan:

Pada akhir kursus ini, para peserta diharapkan akan dapat:

  • Mengetahui hukum-hakam sekitar Imam dan Muazzin secara ringkas.
  • Yakin untuk menjadi Imam atau Muazzin sekiranya diperlukan.
  • Membaca Surah Al-Fatihah dengan betul.

Peserta Sasaran

Bengkel ini disasarkan untuk muslimin dewasa dan yang mengetahui asas-asas hukum Solat.

Butiran Kursus

Yuran bengkel hanyalah $45/-, termasuk buku, jamuan ringan & sijil penyertaan.

Kursus akan berjalan pada Hari Ahad, 8, 15 & 22 dan 29 Mac di kelas #02-17

 Imam dan Muazzin yang baik adalah yang bersuara merdu dan berilmu.

 Daftar di sini sekarang!!

Downloading…..Ramadan

Downloading….Ramadan

A Short course for everyone who wishes to learn or revise the regulations about fasting. These are the topics that will be discussed in this course

  1. Preparation for Ramadan
  2. Fasting in the month of Ramadan
  3. Paying Zakat/Fitrah
  4. Tarawih Prayer
  5. Night Prayer (Qiyamullail)
  6. Contemporary issues on Fastin

Desired Outcome:

  • At the end of this course, participants should be able to:
  • Prepare more for Ramadan in both quality and quantity.
  • Knowing more of the rules and regulations of fasting and will be able to guide and explain to others, especially family members.
  • Sharing with others of the beauty of Ramadan
  • Maximise effort in getting the best quality of good deeds in Ramadan

Target Audience

This course targets adult of any age regardless of their background and those keen to refresh or know more about rites and rituals in Ramadan.

Course Details

Course is without fees, a book, light refreshments and certificate of participation will be given

Course will commence on Sunday, 5th April 2020, 9am – 1pm at MPH

 The most effective Ibadah is which is based on the right knowledge and braided by sincerity.

 Register here now!!

Fardu Ain 4 The Deaf

Fardu Ain 4 The Deaf

A Short course especially for our community with hard of hearing to guide them in basic Fardu Ain (First 2 weeks) and Fiqh Ramadan (Final 2 weeks). This course will touch on:

  •  Shahadah (profession of faith)
  • Solat
  • Fasting (with more details)
  • Zakat
  • Hajj
  • Preparation for Ramadan
  • Fasting in the month of Ramadan
  • Paying Zakat/Fitrah
  • Tarawih Prayer
  • Night Prayer (Qiyamullail)
  • Contemporary issues on Fasting.

Desired Outcome:

At the end of this course, participants should be able to:

  •  Practice Islam with conviction and motivation.
  • Understand more of basics in Islam.
  • Be more eager to meet the month of Ramadan.

Target Audience

This course targets adult of any age with hard of hearing.

 

Course Details

Course is without fees, a book, light refreshments and certificate of participation will be given

Course will commence on Thursday, 5th , 12th , 19th and 26th March 2020, 7:30pm – 9:30pm at #02-15

 “The most effective Act of Worship is which is based on the right knowledge and braided by sincerity.”

 Register here now!!

Untukmu Ramadan (Fiqh Ramadan)

Untukmu Ramadan: Kursus Singkat Fiqh Ramadan

Sebuah kursus buat semua kita yang ingin pelajari atau mengulangkaji tatacara puasa, serta hukum-hukum seputar Ibadah puasa dan bulan Ramadan. Topik-topik yang akan dibincangkan dalam kursus ini adalah:

  1. Persiapan menghadapi Ramadan
  2. Puasa di bulan Ramadan
  3. Zakat Fitrah
  4. Solat Terawih 
  5. Solat Qiyamulleil 
  6. Malam Lailatul Qadr
  7. Soalan-soalan Ramadan & Isu-isu kontemporari

Pada akhir kursus ini, peserta diharapkan akan dapat:

  • Menjadi lebih yakin dalam mengamalkan ibadah.
  • Menjadi lebih bersedia untuk menyambut Ramadan dan mengetahui nilai bulan Ramadan.
  • Mengetahui lebih banyak hukum-hakam sekitar puasa dan yakin dalam menerangkan kepada yang lain, khususnya ahli keluarga.
  • Berkongsi maklumat kepada yang lain.
  • Menjadi hamba Allah yang bersiap siaga untuk menambah nilai amal sebelum masuk Ramadan dan Berjaya memanfaatkan Ramadan yang lebih baik daripada tahun yang sudah.

Bengkel ini menyasarkan orang-orang dewasa yang ingin mempelajari agama secara modular tanpa mengira latar belakang.

Kursus adalah percuma, buku, makanan ringan & sijil akan diberikan.

Kursus akan berjalan pada Hari Jumaat, 6 & 13 Mac, 7.30mlm – 9.30mlm 

Ibadah yang paling memberi kesan adalah yang berdasarkan ilmu dan bersulamkan ikhlas.
Ayuh daftar di sini!

Bicara Dengan Tuhan: Sebuah Bengkel Solat

Bicara Dengan Tuhan: Sebuah Bengkel Solat

Sebuah bengkel buat semua kita yang ingin pelajari atau mengulangkaji tatacara solat, serta hukum-hukum seputar Ibadah Solat dengan membincangkan topik-topik berikut:

1) Kepentingan Solat
2) Syarat dan Rukun Solat
3) Bacaan-bacaan dalam Solat
4) Persoalan sekitar Solat
5) Jenis-jenis solat

 

Di akhir kursus ini, para peserta diharapkan akan dapat:

  • Mengetahui kepentingan Solat dan dapat menerapkan pada individu dan keluarga
  • Lebih yakin tentang hukum-hakam Solat dan boleh memberi panduan asas kepada ahli keluarga
  • Menjawab persoalan-persoalan asas Solat dengan yakin.
  • Menjadi seorang yang aktif menunaikan Solat dan menambah nilai untuk setiap Solat Wajib dan Sunat.

Bengkel ini menyasarkan orang-orang dewasa yang ingin mempelajari agama secara modular tanpa mengira latar belakang.

Yuran bengkel hanyalah $50/-, termasuk buku, makanan ringan & sijil.

Kursus akan berjalan pada 26 Februari, 4, 11 & 18 Mac. 

Mari kita menuju ke arah ibadah yang sempurna, bukan hanya rutin semata. 🙂

Ayuh daftar sekarang di sini!

 

Syarahan Khas

 Masjid Hjh Rahimabi dalam usaha mengumpulkan dana pembangunan, bekerjasama dengan Masjid Al-Muttaqin untuk menganjurkan Syarahan Khas bersama Ustaz Ahmad Dahri.

Bertarikh 30 November, Sabtu, Selepas Sola Isya,
Syarahan yang akan disampaikan bertajuk “Apa Benar Aku Cinta Nabi?

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bersama teman dan keluarga!

Mari kita sokong usaha masjid-masjid kita

 

Al-Islah Roadshow for the Deaf

Al-Islah Mosque, in its efforts to raise awareness for the Muslim community especially those with Hearing challenges, is doing a roadshow to different Mosques in Singapore!

With a series of lectures from excerpts of Surah Al-Kahfi; the 4 Jewels, they are doing their rounds at Darul Makmur Mosque, Al-Muttaqin Mosque, Al-Mawaddah Mosque & Al-Mukminin Mosque.

Check out the dates, lectures & the Asatizah below:
23 November, Wealth: The story of the owner of the Gardens with Ustaz Fadhlullah Daud, Darul Makmur Mosque

28 December, Knowledge: The Story of Musa & Khidhir with Ustaz Md Hanifatunnu’man, Al-Muttaqin Mosque

25 January 2020, Power: The Story of Dzulqarnain, with Ustaz Md Khairi Nazron, at Al-Mukminin Mosque

22 February 2020, Faith: The Story of the People of the Cave, with Ustaz Abdullah Al-Muaz at Al-Mawaddah Mosque

Lectures are free. Refreshments provided. Sign Language Interpreter Provided. Let’s come!
Register Here: Tinyurl.com/jewelsfromkahfi

Do check our poster for timings!

Majlis Maulid Perdana

Forum Sempena Maulidurrasul s.a.w:
Siapa Imam mu?

Bersama Ustaz Hafiizh Rapi’ee & Ustaz Md Zahil Zakaria sebagai Panelis dan Ustaz Md Hanifatunnu’man Md Hasbi sebagai Moderator.

Mari kita sama-sama merungkai bagaimana Al-Quran, yang merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w, menjadi imam dan panduan kita dalam kehidupan di dunia ini?
Apakah betul jawapan setiap perkara itu ada di dalam Al-Quran?

Mari sama-sama hadir forum ini pada
Sabtu, 23 November 2019
Jam 10.30pg di Dewan Solat Utama Masjid Al-Muttaqin
Jamuan tengahari disediakan.

Tazkirah Maulid

Sambil kita mendengar halwa telinga, alunan qasidah dari kumpulan Ikhwanul Muntaqa, mari kita mendapatkan ilmu dan pesanan dari:
1) Ustaz Md Mukhtar Habib Mohamed
(MRO Masjid Wak Tanjong) dan 
2) Ustaz Anwar Hussain
(MRO Masjid Khalid)

Bermula selepas isya di Dewan Solat Utama Masjid Al-Muttaqin.

Jamuan Briyani disediakan!
Mari hadir bersama teman dan keluarga!

TAHNIK & CUKUR RAMBUT BERAMAI-RAMAI

 

Mari jangan kita lepaskan peluang mentahnikkan bayi kita dan mencukurkan rambutnya pada majlis yang penuh barakah, Majlis Maulidurrasul s.a.w.

Majlis akan bermula selepas solat Zohor, jam 2.30 tengahari di Dewan Solat Utama, bacaan maulid akan dipimpin oleh Kumpulan Syababul Muttaqin.

Antara Sunnah Nabi s.a.w untuk bayi yang baru lahir adalah:

1) Tahnik (melekatkan manisan pada lelangit bayi)
2) Cukur Rambut. dan kemudian bersedekah dengan nilai emas atau perak seberat timbangan rambut yang dicukur.
3) Aqiqah sebagai tanda syukur pada Allah.

Sila daftar sekarang! di pejabat atau secara online di: www.tinyurl.com/cukurrambut2019

Hanya $70 / bayi. Goodie bag dan sijil akan diberikan percuma!

Maulid Khas Muslimah

Bacaan Maulid Ad-Dibaie bersama kumpulan beliawanis Muslimah serta Tausiyah dan Tazkirah oleh Ustazah Nurjannah Shonar.

Majlis akan diadakan di Dewan Serbaguna Masjid, Aras 2 sebelah Lif.
Jam 2.30 petang serentak dengan Majlis cukur rambut.  

Bacaan Maulid Barzanji
Oleh Ustazah Latifah Abu Bakar dan pelajar-pelajar
di dewan Solat Muslimah jam 5 petang selepas solat Asar.

Bacaan Ma’thurat

Jam 6.30 petang
di Dewan Solat Utama Masjid Al-Muttaqin
.

Bacaan ayat-ayat dan doa-doa yang menjadi amalan harian Rasulullah s.a.w.
Mari Kita hidupkan Sunnah!

Bacaan Qasidah Burdah
Akan dipimpin oleh kumpulan Ikhwanul Muntaqa yang akan membacakan Syair cinta Imam Al-Busiri untuk Rasulullah s.a.w.

Selepas Maghrib di Dewan Solat Utama

 

 

Tersedia Mini Bazar bagi pengunjung Masjid Al-Muttaqin.

Dibuka sepanjang hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Mari sokong dan bantu ekonomi orang Islam!

Gerai-gerai menjual produk seperti: Aksesori Muslimah, Ais Krim, Minuman, Kuih-kuih dan lain-lain.

Karnival Raikan Ilmu

Karnival ini adalah anjuran bersama Mendaki dan Masjid Al-Muttaqin yang bertujuan untuk:
1) Membudayakan pelajaran
2) Maju bersama sebagai satu masyarakat
3) Dalam bidang yang rencam dengan kejayaan yang pelbagai

Program-program yang menyasar semua lapisan umur terutamanya kanak-kanak dan belia.

Program untuk Ibu bapa dan orang dewasa:
– Talk show: Disconnect to Connect (Bersama Encik Khair Mohd Noor, Ustazah Nadia Hanim, Ustaz Hanifatunnu’man)
– Sharing Sessions with HPB: Eat, Drink & Shop Healthy
– Career Booth

Remaja & Belia:
– Escape Room
– Futuready Marketplace
– Peraduan Menulis

Pelajar Peringkat Rendah & Pra Sekolah:
– Membaca & Bercerita
– Games

Untuk umum:
– Booth bengkel khat (penulisan arab/jawi)
– Booth alat gendang arab
– PAssion Care booth
– Gerai-gerai

Mari ke Karnival ini bersama keluarga dan kawan!
Sabtu, 26 Oktober 2019
10 pagi – 2 petang
Masjid Al-Muttaqin

Nyatakan kehadiran anda di sini!
http://tiny.cc/RI_Al-MUTT